Mengapa peranti Iphone menjadi pilihan utama pengguna ?
Seperti yang kita ketahui, peranti iphone merupakan peranti yang berlainan daripada android. Antara sebab iPhone adalah yang terbaik di dunia adalah disebabkan banyak aplikasi yang menarik serta terbaik di dunia yang ada di dalam iPhone. Terdapat lebih banyak iPhone sahaja berbanding Android. Android juga menerima aplikasi terbaik namun mereka menerima aplikasi tersebut dalam tempoh yang lambat(lama). Rekaan aplikasi versi iPhone lebih cantik berbanding Android seperti contoh beberapa ciri aplikasi Snapchat dan Spotify yang telah dikemaskini datang ke iPhone dahulu sebelum Android. Selain itu, antara sebab lain iPhone menjadi pilihan utama adalah disebabkan mudah untuk disambungkan ke peranti lain. Jika anda mempunyai iPhone, iPad dan Mac. Informasi data dapat diakses dari peranti ke peranti lain dengan cepat dan mudah. Terdapat juga fungsi ‘Handoff’ yang membenarkan anda memulakan tugas menggunakan iPhone dan menyambung tugasan anda di iPad atau Mac. Penyambungan yang mudah antara peranti Apple adalah salah satu resepi yang android masih belum milik. Contohnya aplikasi AirDrop yang membolehkan anda menghantar atau berkongsi file dengan orang lain dari iPhone ke Mac dengan mudah. Penyambungan ini tidak memerlukan sambungan Wi-Fi ataupun internet. Gaya, mutu dan keunggulan yang terdapat pada iPhone menyebabkan mereka menjadi pilihan utama dalam pembelian orang ramai. Hal ini juga merupakan sebab orang muda amat meminati iPhone. Aplikasi media sosial seperti iMessage, FaceTime dan FaceTime Audio adalah satu faktor pengguna tidak berubah ke android. Ekosistem ios ini sangat baik sehingga membolehkan pengguna boleh menjawab panggilan telefon dan membalas SMS dari iPhone secara terus ke dalam Macbook atai iPad. Apple Homepodapabila ditambat pada iPhone akan memudahkan pengguna mengawal muzik dari Apple Music dan juga banyak peranti berhubung dengan arahan melalui suara Siri. |