PENDAHULUANiApple Inc., dahulunya Apple Computer, Inc. ialah perbadanan Multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk Elektronik pengguna dan Perisian yang berkaitan. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan menyokong pelbagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion. Tak lama kemudian, syarikat apple mengeluarkan gadget baharu iaitu iPhone. Gadget iPhone ini telah memudahkan pelbagai urusan orang dalam kerja dan belajar secara advance. Hal ini meyebabkan, iPhone menjadi terkenal dengan system dalamnya yang luar luar biasa dalam menggantikan gadget lain seperti hand camera, mp3, android dan sebagainya.
|
PORTFOLIOCIRI CIRISemua orang tahu penggunaan IPhone telah menjadi trend sekarang. Hal ini juga dapat dikenalpasti oleh pengguna golongan muda yang terkini yang suka membuat video ‘TikTok’ tanpa berhenti dengan menggunakannya. Oleh itu, IPhone mempunyai ciri-ciri tertentu yang telah menjadi sohor atau ‘popular’ pada zaman sekarang yang mempengaruhi generasi masyarakat zaman terkini. Tahan Lama Ciri pertama IPhone ialah gadget yang tahan lama. Iphone ini merupakan sebuah gadget yang akan berkembang pada setiap tahun daripada gadget telifon lain. Hal ini telah menunjukkan kepada pengguna iphone bahawa gadget ini tahan lama dan membuatkan mereka membeli gadget yang jenama sama. Sebagai contohnya, iphone 5S yang dikeluarkan pada tahun 2013 dan masih ada pengguna yang menggunakannya dan pakai iphone tersebut hingga sekarang. Ini telah membuktikan bahawa iphone ini merupakan gadget yang tahan lama pada kini. Kapasiti yang banyak atau luas Selain itu, mempunyai kapasiti yang banyak atau luas merupakan ciri kedua iphone. Hal ini bermaksud, kapasiti iphone ini sangat bagus dengan gadget telifon lain. Setiap kali pengeluaran iphone baharu telah menunjukkan peningkatan kapasiti berlaku dengan banyak. Sebagai contohnya, kapasiti iphone (1st gen) adalah 4GB pada tahun 2007 berbanding dengan iphone 14 Pro Max yang mempunyai kapasiti 1TB yang dikeluarkan pada tahun ini. Hal ini telah menunjukkan peningkatan yang amat besar dalam kapasiti iphone dan membuat pengguna ingin mencuba gadget tersebut. Kamera yang amat berkualiti Di samping itu, ciri ketiga iphone ialah mempunyai kamera yang amat berkualiti dan luar biasa. Hal dikatakan demikian kerana, kamera iphone juga telah meyebakan gadget ini menjadi popular pada waktu kini sebab pengguna dapat membuat penangkapan gambar dan video yang bagus dan baik. Sebagai contohnya, iphone 14 Pro Max mempunyai tiga kamera yang terbahagi kepada Ultra Wide, Main, dan Telephoto yang membuat pengguna ingin mencuba mendapatkan tangkapan gambar dan video yang bagus pada zaman kini. Gadget yang mempunyai kamera yang berkualiti seperti iphone telah meningkatkan status pengguna dalam media sosial seperti instagram, facebook, dan tiktok yang membuatkan mereka menguasai dunia model ini dengan mempaparkan gambar dan video yang bagus dalam media sosial |